MELAKA: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 24, dan teman wanitanya, Noorbaizura Mohd Fuad, 34, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki, Tan Kue Seng, 71, kira-kira jam 7 pagi sehingga 9 pagi di tepi Jalan Gapam, Ayer Keroh di sini pada 9 April lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Muhammad Faris didakwa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam atas dua pertuduhan merompak warga emas berusia 69 tahun sehingga menyebabkan mangsa cedera dan melarikan beg tangan seorang wanita berusia 34 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di Taman Kota Laksamana pada 22 Mac 2023 dan di Taman Kesidang, di sini pada 8 April lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat bagi hukuman di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 1 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.
Sinar Harian pada 11 April lalu melaporkan kebimbangan keluarga terhadap seorang lelaki warga emas yang tidak pulang ke rumah berakhir apabila ditemui mati dalam longkang di Jalan Gapam.
Mayat Tan Kue Seng ditemukan oleh warisnya bersama motosikal jenis Demak EX90 yang ditunggang mangsa ketika keluar dari rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil, di sini pada jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kehilangan warga emas itu, mangsa sempat memberitahu anaknya mahu ke sebuah kedai kopi di Bemban Jasin untuk bersarapan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Muhammad Faris Amjad (dua dari kiri) dan Noorbaizura ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 suspek ditahan bawah SOSMA
- 6 bulan tempoh ideal kaji gaji minimum
- Saluran khas #Malaysia4Palestin bermula tengah hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
- Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 suspek ditahan bawah SOSMA
- 6 bulan tempoh ideal kaji gaji minimum
- Saluran khas #Malaysia4Palestin bermula tengah hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
Pasangan kekasih didakwa bunuh warga emas ditemui mati dalam longkang
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di tepi jalan di Ayer Keroh, April lalu.